PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI ANJURAN DUN AULONG DENGAN KERJASAMA SERI AL UMMAH TAIPING

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hari ini, buat julung kalinya diadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai Kawasan DUN Aulong, Mukim Assam Kumbang Taiping dengan kerjasama Sek. Ren. Islam Al Ummah Taiping dan Badan Kebajikan & Keluarga (BAKA).


















Penyertaan amat menggalakkan daripada seluruh kawasan. Penglibatan seramai 61 orang kanak-kanak kawasan ini telah membuktikan bahawa konsep berkhatan secara tradisional ini masih kekal relevan dulu kini dan selamanya. Ibubapa juga tidak kurang memberi komitmen yang baik sebelum, semasa dan sepanjang program ini berlangsung.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan perkenan & limpah kurnia-nya mengizinkan majlis seumpama ini diadakan.  Majlis yang dirasmikan oleh ADUN Aulong, YB Nga Kor Ming sekali gus membrti dana dan sumbangan sebanyak RM 9,000.00 kepada sekolah.

Terima kasih juga kepada Ketua Kampung Mukim Assam Kumbang dan seluruh tenaga kerja demi menjayakan program seumpama ini. Insya-Allah jika mendapat keputusan sebulat suara, kami warga sekolah akan menjadikan program ini sebagai program tahunan pada masa hadapan. Kepada Allah SWT kita berserah.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN