Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MAULIDUR RASUL 2020

Imej
 Assalamu'alaikum WBT. Sesungguhnya Kami Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berselawat ke atas Nabi Junjungan. Seraya, diseru ke atas orang-orang yang beriman mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa a'la A-li Saidina Muhammad. Alhamdulillah, lafaz syukur dirafakkan kepada Illahi kerana dengan inayah-Nya dapat menyempurnakan majlis Penyampaian Hadiah sempena Sambutan Maulidur Rasul yang telah diadakan pada 30 Oktober 2020 lalu. Sambutan yang diadakan secara sederhana itu bukan sahaja dapat dilaksana dengan baik, malahan objektif serta matlamat sambutan itu juga tercapai dengan berkesan. Murid dapat mempamerkan potensi serta mengembangkan bakat semula jadi dalam diri mereka. Mereka juga dapat menyerlahkan kreativiti tersendiri melalui pertandingan-pertandingan yang dijadualkan. Untuk tahun ini, Jabatan Adiniah memperuntukkan tempat pertama hingga kelima bagi semua acara dipertandingkan s

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1442H, 2020M PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Maulidur Rasul. " UMMAH RABBANI, NEGARA HARMONI " itulah tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2020. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua, sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah anjuran Jabatan Adininah telah berjaya dilaksana mengikut jadual. Walaupun sambutan secara sederhana, tetapi dengan kesungguhan dan kerjasama daripada semua pihak, program telah dijayakan dengan begitu baik. Untuk tahun 2020, Jabatan Adiniah merencana beberapa acara iaitu, a) Pertandingan Mewarna Tahun 1 dan Tahun 3 b) Pertandingan Azan Tahun 2 (Lelaki) c) Pertandingan Bercerita Tahun 2 (Perempuan) d) Pertandingan Tulisan Khat Tahun 4 dan Tahun 5 e) Pertandingan Kuiz Sirah Kenabian Abad Ke-21 Tahun 6 Kesemua pertandingan dijalankan secara serentak bermula jam 10:30 pagi hingga jam 12:15 Tengah hari.  Semoga dengan adanya sambutan Maulidur Rasul ini, secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi semangat cinta akan Rasulullah SAW serta ahl