LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Hormat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Unit Kokurikulum SERI Taiping dapat menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke KL dan Putrajaya.

Lawatan ini bertujuan mengeratkan silaturahim sesama guru dan murid. Objektif lawatan ini adalah untuk membuka minda para murid dalam menjalani liku-liku kehidupan di bandar besar. Pelbagai ragam dan gaya yang ditonjolkan sepanjang lawatan ini.

Lawatan ini disertai oleh 30 orang murid dan 4 orang guru. Kos lawatan ini 80% dibiayai oleh murid, 10% daripada sumbangan BAKA dan 10% lagi dana daripada unit kokurikulum.

Hari pertama kami melawat ke Taman Rama-Rama. Malangnya, nasib tidak menyebelahi kami. Hujan mencurah-curah bagaikan tiupan monsun melanda sejagat. Kami terus melawat ke Muzium Kesenian Islam di Taman Tasik Perdana kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Seterusnya, kami ke Pusat Petrosains Negara di KLCC. Kami di situ selama 3 jam. Pelbagai sesi pembelajaran yang dapat diilmiahkan di sana. 

Selesai di KLCC, kami bergerak terus untuk makan malam di Medan Sate Kajang di Kajang, Selangor. Kami dihidangkan dengan makanan terlaris di sana. Alhamdulillah. 

Pabila malam menjelma, kami terus bergerak ke tempat penginapan iaitu di Apartment Damai Mewah, Kajang. Di sana, kami dipecahkan. 

Hari kedua,kami terus bergerak ke Universiti Putra Malaysia dan meluangkan masa selama 4 jam di sana. Kami didedahkan dengan konsep PdP di sana, cara-cara peminjaman buku teks, penyebaran modul pendidikan dan sepetang bersama PRS (Pembimbing Rakan Siswa) .

Dari sana, kami terus bergerak ke Taman Botani dan menaiki tren yang disediakan di sana. Kami dibawa meronda sekitar kawasan tersebut. Memang terpegun dan mempesonakan ciptaan Illahi di maya ini.

Dari Taman Botani, kami bergerak ke Cruise Tasik Putrajaya untuk menikmati keindahan tasik melalui kapal cruise. Memang pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Selesai menikmati keindahan tasik Putrajaya, kami bergerak ke IOI City Mall, Putrajaya untuk menikmati sajian malam dan solat Maghrib dan Isyak. Di IOI City Mall, kami diberi masa 2 jam 30 minit. Kami mengambil peluang itu untuk meronda-ronda kawasan itu.
































Lawatan ini berakhir pada hari Jumaat, 27 November 2015 . Rata-ratanya berpuas hati dengan lawatan kali ini. In sya Allah jika berkelapangan, masih tidak terpisah antara roh dan jasad, unit Kokurikulum akan mengadakan lawatan seperti ini lagi. Aamiinn.... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-18 TAHUN 2019