• ANDA PRIHATIN

    ANDA PRIHATIN

    Borang Pendaftaran

    Rabu, 20 November 2019

    JAMUAN PERDANA KELAS AKHIR TAHUN 2019

    Assalamu'alaikum WBT, Salam Sejahtera.

    Pertamanya, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sesi PdP 2019 akan melabuhkan tirainya 2 hari lagi.










    Pembelajaran dan Pengajaran bagi sesi 2019 kali ini penuh dengan suka-duka, cabaran, keluh-kisah, nostalgia dan rekod-rekod baharu. Alhamdulillah, segala kejayaan sekolah bagi sesi 2019 telah disimpan di sini sebagai tatapan generasi yang akan datang. Sesungguhnya, jika tiada komitmen daripada semua guru serta kerjasama yang utuh daripada semua ibu bapa, keberkesanan dan kemenjadian itu tiada lagi bermakna dan tidak mungkin terjadi pun.

    Jamuan inilah yang menjadi 'pengakhiran cerita' bagi tiap-tiap kelas. Pelbagai reaksi dari raut wajah muka mereka dapat dilihat hari ini. Manakan tidak, hari inilah hari yang mungkin dinanti, dirai, dan dihargai oleh semua murid dan guru-guru kelas. 

    Jamuan akhir tahun juga bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan murid dan guru, malah guru dengan guru. Inilah objektif utama yang dimahukan.

    Tahniah kepada semua guru.

    Sabtu, 16 November 2019

    MAJLIS IHTIFAL & PENYAMPAIAN HADIAH 2019

    Assalamualaikum WBT.

    Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Illahi kerana perkenan dan limpah kurnia-Nya hari ini, Majlis Ihtifal dan Penyampaian Hadiah 2019 telah berjaya dilaksana mengikut atur acara yang direncana.

    Lafaz terima kasih juga diucapkan kepada semua guru serta BAKA yang terlibat dalam menjayakan majlis seumpama ini. Dalam kelangsungan kami bersusah payah, ibu bapa sebagai pendokong dan tulang belakang telah berjaya memberi komitmen yang cemerlang.

    Majlis ini diadakan bagi menutup tirai sesi PdP 2019 secara rasmi. Seperti kebiasaannya, majlis ini adalah majlis rasmi yang ditunggu-tunggu oleh semua ibu bapa dan murid. Majlis yang memberi penghargaan kepada murid dan guru ini seharusnya terus dikekalkan agar ia menjadi satu galakan dan potensi kepada murid-murid lain. 



















    Majlis bermula jam 9:00 pagi dan berakhir pada jam 11:00 pagi. Majlis kali ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd. Nasir bin Kamarudin, Pengerusi WADAH Negeri Perak. Turut bersama, Tuan Haji Mohd. Nizam b. Zainal Abidin selaku Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) SERI TAIPING, dan Encik Mohamad Ikhwan bin Abdullah, YDP BAKA SERI Taiping. 

    Tahniah kepada semua yang terlibat, tahniah juga kepada para penerima hadiah dan yang terlibat secara langsung.

    'KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN'

    Jumaat, 8 November 2019

    HARI BERTEMU WARIS PENGGAL 2 / 2019

    Assalamualaikum WBT.

    Alhamdulillah, syukur atas kurniaan-Nya dengan melimpah rahmah dan berkah mengizinkan Hari Bertemu Waris Penggal 2 berjaya dilaksana mengikut ketetapan jadual.







    Hari ini, ibu bapa atau waris akan hadir ke sekolah bagi mengambil kad pelaporan pencapaian dan pentaksiran sepanjang PdP pada tahun ini. 

    Bertempat di kelas masing-masing, ibu bapa dan waris boleh bertemu dengan guru kelas masing-masing bagi mengetahui pencapaian akademik dan addiniah anak mereka sepanjang sesi pembelajaran tahun ini.

    Alhamdulillah, kesungguhan, komitmen, kewibawaan guru-guru telah berjaya menjadikan akademik dan addiniah seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa sejajar dengan slogan SERI TAIPING sendiri, "Melahirkan Insan Soleh dan Musleh" yang dihayati dan disanjungi oleh warga sekolah.

    Syabas dan tahniah kepada semua murid.

    Rabu, 30 Oktober 2019

    TEKNIK HARARKI USTAZ ZAKARIA

    Assalamu'alaikum WBT.

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, hari ini dilimpahkan rahmah dan berkah atas kurniaan-Nya menyempurnakan Teknik Menguasai Al Quran dengan kaedah Hierarki pimpinan Ustaz Zakaria.















    Program dijalankan sekitar jam 2.30 petang yang disertai oleh semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Program dijalankan di Surau Seri Al Ummah Taiping. 

    Teknik Hierarki ini sememangnya bagus untuk pengetahuan pembacaan murid dengan rentak dan gaya pembacaan mengikut lunak kepanjangan, seni pendek dan panjang serta getaran atau dengung.

    Ini sememangnya perkara baharu yang bukan sahaja murid dapat belajar, malah guru juga dapat belajar suatu benda baharu yang lebih segar dan dinamis.

    Kepada ibu bapa yang berminat dan ingin teruskan cara pengajian Ustaz Zakaria, boleh ke laman Facebook 
    https://m.facebook.com/KaedahHaraki/ yang bertempat di Kamunting. Tidak rugi malah menguntungkan.

    Terima kasih Ustaz Zakaria kerana sudi menyebarkan ilmu kepada seluruh warhga SERI TAIPING.