Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

LARIAN KOPERASI PERAK KE-6 / 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Syukur alhamdulillah. Berlimpah rahmah dan berkah, Larian Koperasi Perak berjaya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Perak dengan kerjasama Unit Sukan PPD Taiping dan Sekretariat Olahraga LMS. Kali ini, SERI TAIPING berupaya menghantar 37 orang murid mewakili sekolah. Seawal dari 7.00 pagi lagi, murid-murid begitu bersemangat untuk berlari. Ibubapa juga banyak memberi sokongan moral yang positif kepada pihak sekolah dalam usaha membina keperibadian yang unggul dan berjiwa besar.  Larian Koperasi ini berupaya menjadikan murid seorang yang berani menyahut cabaran serta meyakinkan para ibubapa agar anak-anak mereka terus gemilang dalam acara berbentuk kesukanan dan sosial.  Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada guru pengiring, Puan Nurul Akma bt Razak atas sumbangan tenaga dan masa bagi memimpin anak-anak SERI TAIPING sepanjang program berlangsung. D

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1441 H PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, pada hari ini, Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah berjaya dilaksana. Kelazimannya, pada setuap hari Rabu merupakan hari "aktiviti" atau hari kokurikulum melibatkan murid & guru. Nampaknya, mereka hari ini dilihat begitu ceria yang jelas menunjukkan betapa seriusnya semua cikgu dalam memartabatkan syiar Islam.  Mewakili pentadbir dan sekolah, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga  SERI TAIPING   kerana telah berjaya merealisasikan satu amanah yang begitu ampuh dan  begitu membanggakan ini. Sesungguhnya majlis pada hari ini menjadi satu platform  ke arah pembangunan modal insan dan menjadi saksi kepada kejayaan dalam  perkembangan dunia agamawan  Program ini bermula jam 4.00 petang di Surau Seri Al Ummah, Taiping. Pada mulanya, tayangan video diadakan. Kemudi