Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-18 TAHUN 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, tercipta lagi satu sejarah bahawa Kejohanan Sukan Tahunan Ke-18 Sek. Ren. Islam Al Ummah Taiping dalam keadaan 'sejuk dan nyaman'. Keadaan yang sebegini tidak mematahkan semangat para atlet SERI TAIPING untuk mengambil bahagian dalam acara-acara yang bakal dipertandingkan. Majlis bermula tepat jam 8.30 pagi dengan ketibaan perasmi, Encik Mohd. Noor Nizam selaku pegawai khas ADUN Aulong, YB Nga Kor Ming. Acara perbarisan mula memenuhi ruang pada jam 8.45 pagi yang telah menerima tabik hormat oleh perasmi. Seterusnya, semua acara sukaneka berlangsung diikuti dengan acara balapan. Tahun ini, warga SERI TAIPING mengambil langkah menggilap beberapa orang murid sedari kecil untuk mengambil bahagian di peringkat zon, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Pendekatan kali ini bukan sahaja dapat mengira potensi, malah mengembangkan bakat murid sejak tahun satu lagi

KEJOHANAN CATUR ZON TAIPING 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Pertamanya, ingin dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan-Nya memudahkan urusan SERI TAIPING turut menyertai Kejohanan Catur Zon Taiping bagi sesi 2019. Alhamdulillah, penyertaan sebanyak 8 orang terdiri daripada lelaki dan perempuan ini telah berjaya membawa kejayaan yang cemerlang di samping mengharumkan nama SERI TAIPING. Kejayaan ini tak mungkin datang dengan sendirinya tanpa sebarang dorongan, latihan dan sokongan daripada ibubapa dan guru pembimbing yang bertungkus-lumus mengkehendaki yang terbaik demi anak-anak ini. Untuk kali ini, SERI TAIPING telah memilih kesemua murid tahun 6 menyertai kejohanan ini. Alhamdulillah, kejayaan menyebelahi SERI TAIPING kali ini. SERI TAIPING memperoleh 5 daripada 8 kejayaan dan 1 daripadanya Naib Johan dan selebihnya adalah top 5 dalam kejohanan. Tahniah dan Syabas ! Kejohanan bermula seawal jam 10.00 pagi dan berakhir jam 4.15 petang dengan penyampai

IHTIFAL KAFA KAWASAN TAIPING (2) TAHUN 2019

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi  diberikan kesempatan dan peluang untuk sama-sama berhimpun dalam Majlis Ihtifal KAFA Kawasan Taiping 2019.   Pada hari ini, bukan  sahaja warga SERI TAIPING, malah seluruh sekolah-sekolah agama rakyat Kawasan Taiping amat berbangga kerana dapat  bersama-sama berkumpul di majlis yang penuh bersejarah ini. Mewakili pentadbir , saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Majlis Ihtifal KAFA khususnya dari SERI TAIPING  kerana telah berjaya merealisasikan satu amanah yang begitu ampuh dan b egitu membanggakan ini. Sesungguhnya majlis pada hari ini menjadi satu platform  ke arah pembangunan minda dan menjadi saksi kepada kejayaan dalam p erkembangan dunia pendidikan addiniah ini. Seyogia dengan itu, majlis kali ini SERI TAIPING telah menghantar peserta menyertai KHAT, HAFAZAN, AZAN & BERCERITA.  Alhamdulillah, kali ini acara Azan yang dis

PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1440 H

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulilah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, hari ini Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Sekolah dapat dijalankan. Sesungguhnya tanpa kerjasama yang erat daripada rakan-rakan guru serta komitmen daripada murid-murid, tidak akan membuahkan hasil yang baik. Penyampaian hadiah ini sebenarnya memberi galakan kepada murid sekaligus dapat menjadikan murid dalam pembentukan sahsiah serta nilai-nilai murni. Hadiah juga sebenarnya bukan terletak pada nilai materialnya, tetapi ia juga terletak kepada nilai kerjasama, toleransi, bersatu padu dan bersatu tenaga dalam sesebuah kumpulan. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang pertandingan. Semoga semua kemenangan ini dapat keredaan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. 'PEMBANGUNAN UMMAH MENYEMAI JIWA UMMATIK '