Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

JAMUAN AIDILFITRI 2018 PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Jumaat, bertarikh 29 Jun 2018 merupakan penghulu segala hari inilah terciptanya sebuah agenda yang dilaksana bersama. Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim sesama insan di samping memupuk semangat kekitaan antara guru, murid, staf serta seluruh warga SERI AL UMMAH TAIPING. Jamuan Aidilfitri ini bermula jam 10.30 pagi yang melibatkan semua murid dan semua guru. Sungguhpun hujan lebat melanda, namun jamuan ini tetap diadakan dengan penuh erti. Semua makanan disumbangkan oleh para ibu bapa, guru dan staf SERI Taiping sendiri. Majlis turut diselitkan dengan teka lagu raya. Semua acara berakhir pada jam 12.10 tengah hari.

JELAJAH ANA MUSLIM KE SERI TAIPING

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, Majalah Bersiri Popular, ANA MUSLIM datang menjelajah ke SERI TAIPING. Siri Jelajah ini dikatakan yang pertama di Taiping. Alhamdulillah, SERI TAIPING merupakan sekolah pertama yang dijejaki ANA MUSLIM di Bandar Warisan ini. Bertuah anak-anak SERI TAIPING. Siri jelajah ini bermula pada jam 11.00 pagi dengan memperkenalkan semua siri ANA MUSLIM yang diterbitkan. Kemudian, aturcara berikutnya diteruskan dengan Pertandingan Mewarna Kategori Tahap 1 manakala Pertandingan Menjawab Kuiz Kategori Tahap 2.  Sesi bergambar bersama maskot ANA MUSLIM diadakan sejurus sahaja selesai semua pertandingan tersebut. Jualan-jualan buku serta aksesori alat tulis turut mewarnai program hari ini. Mewakili sekolah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak ANA MUSLIM kerana sudi menyantuni kami di SERI TAIPING. Maaf andaikata ada silap dan salah kami sepanjang melayani anda di sini. 

IFTAR JAMA'IE, MAJLIS KHATAM AL QURAN SERTA PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Ramadan Al Mubarak 1439 Hijrah. Alhamdulillah, hari ini Jabatan Addiniah di bawah kelolaan Puan Noor Addri Suzzana bt Mohd Adnan dengan kerjasama Badan Guru & Staf (BAGUS), Badan Keluarga dan Kebajikan (BAKA) majlis berbuka puasa (Iftar Jamaie), Majlis Khatam Al Quran dan Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Yatim dapat dilaksana dengan lancarnya. Kehadiran kali ini amat-amat menggalakkan iaitu sekitar 250 orang termasuk murid, ibubapa, ahli keluarga guru, lembaga pengurusan sekolah serta ahli-ahli ABIM Daerah Taiping. Majlis dimulakan dengan tadarus dan khatam al Quran yang dikendalikan oleh Us Mohd Haziq b. Mohd Sinar. Dituruti dengan majlis penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim dari BAKA. Pada jam 6.50 petang, Us. Adnan b. Chi Isa, Imam Masjid Al Hidayah Taiping dijemput memberi sedikit tazkirah sebelum doa dan