Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN

Imej
Assalamualaikum WBT. Kali ini admin mahu menceritakan sedikit tentang Hari Bertemu Waris pada penggal pertama ini. Tujuan hari ini amat penting bagi merekodkan pencapaian dan pembelajaran murid sepanjang sesi persekolahan berlangsung.    Pada hari inilah waris diberi peluang untuk berjumpa dengan para guru yang mendidik, mengajar, mengasuh, meneraju serta menjaga anak-anak mereka sepanjang sesi PdP berlangsung. Waris atau ibu bapa yang hadir akan menanyakan pelbagai soalan mengenai kelakuan anak-anak mereka di sekolah, tatakelakuan anak mereka, dan lain-lain.     Secara tak langsung juga, pada hari ini jugalah pertemuan 4 mata antara waris dengan guru kelas anak mereka masing-masing menimbulkan pelbagai persoalan. Selain daripada menelaah atau meneliti keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (Penggal 1), para ibu bapa atau waris juga berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Secara tak langsung juga, hal ini dapat memupuk semangat kerjasama antara gu

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK

Imej
Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, dengan izinNya seluruh sekolah di bawah naungan YTP Perak dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak yang julung-julung kali diadakan ini. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.    SERI Taiping menghantar 15 orang guru mewakili penerima anugerah serta guru -guru lain yang turut berkhidmat di SERI Taiping. Majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama warga pendidik di meliputi institusi pendidikan ABIM dalam negeri Perak.    Antara penerima anugerah ialah Us. Ab Rahman bin Abdullah, Ustazah Sumiaton binti Kamari, Cikgu Noriza bt Abdul Rahman dan Cikgu Lizawati binti Shari yang masing-masing menerima anugerah perkhidmatan melebihi 10 tahun menerusi SERI.    Majlis ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi - 1.00 petang di Hotel Casuarina, Meru Raya, Ipoh Perak. Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Dr. Ghaffar Sidik, YDP WADAH Malaysia.

SAMBUTAN HARI GURU

Imej
Assalamu'alaikum WBT, Selamat Hari Guru. Terlebih dahulu marilah kita merafakkan sembah takzim kepada Yang Maha Pencipta kerana dengan limpah dan kurniaNya, izin daripadaNya, dapatlah majlis sambutan hari guru peringkat sekolah ini diadakan dengan lancar.    Walaupun diadakan secara sederhana serta ringkas, majlis tetap berlangsung dengan jayanya serta dengan baik. Para pengawas sekolah berganding bahu bertungkus-lumus  mengadakan hari bersejarah ini untuk menghargai para pendidik yang mereka kasihi. Alhamdulillah, sebagai salah seorang guru yang berkhidmat di SERI Taiping, saya turut berasa bangga dan amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan.    Majlis ini bermula tepat pada jam 9.00 pagi . Majlis dimulakan dengan sesi nyanyian lagu wajib pada hari guru, "GURU MALAYSIA" , diikuti dengan lagu Asma Ul Husna. Seterusnya, ucapan daripada YDP ABIM Taiping, Encik Zamri Bin Ariffin, Ucapan Guru Besar, Tuan Haji Ab Rahman Abdullah, Ucapan Wakil BAKA, Cikgu Si

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ 1436 HIJRAH

Imej
Assalamu'alaikum WBT, Salam Hormat. Pada 15 Mei 2015, SERI Taiping mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bersempena hari kebesaran itu yang jatuh pada esok, 16 Mei 2015. SERI Taiping mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis ini sehari lebih awal disebabkan banyak lagi program yang bakal dijalankan pada masa akan datang. Majlis sederhana ini disertai oleh semua warga SERI Taiping. Majlis ini berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Majlis ini dirasmikan oleh imam besar Masjid Al Hidayah, Assam Kumbang, Tuan Haji Yahaya bin Mat Piah.

KEM BSMM PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

Imej
Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah. Dengan izinNya, SERI Taiping melangkah setapak lagi dalam pembangunan kokurikulum. Pasukan Beruniform BSMM terus mendapat tempat sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2014 di SERI Taiping. Pasukan beruniform ini bertujuan untuk memantapkan  lagi karier pasukan beruniform yang disertai. Alhamdulillah dengan sokongan dan dokongan para pendidik di sekolah serta panduan daripada guru besar dapat mengajar erti kehidupan sebenar berasaskan rohani dan jasmani serta duniawi dan ukhrawi.       Kem ini dijalankan di Chalet Seri Chempaka, Batu Kurau Perak yang dihadiri oleh seluruh pelajar sekolah rendah dalam negeri Perak. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 8 - 10 Mei 2015. Kem ini juga dapat mewarnai gerak-geri pelajar dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama, keturunan dan budaya.      SERI Taiping menghantar 26 orang murid terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 mewakili badan beruniform BSMM. Guru pengiring yang meng