Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

KEM KECEMERLANGAN BERSAMA MURID MRSM TAIPING

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, waktu ini, saat ini dan ketika ini, anak-anak SERI Taiping antara yang terpilih untuk menyertai kem kecemerlangan bersama murid MRSM Taiping anjuran MRSM dengan kerjasama beberapa institusi lain. Beberapa orang murid yang terlibat termasuklah dalam kalangan murid tahun 5 dan tahun 6.  Mereka diberi suasana yang lebih dinamik serta bermotivasi untuk ke arah kecemerlangan bersepadu dari segi nurani dan akhlak. Mereka didedahkan dengan cara pembelajaran menarik dan unik menerusi aspek pendidikan nasional mahupun kebangsaan. Kem yang berlangsung 3 hari 2 malam ini  disertai oleh 15 pelajar SERI Taiping dan 145 jumlah murid keseluruhannya yang pastinya sekali gus memaparkan kredibiliti dan kebertanggungjawaban para pelajar agar lebih gigih dalam usaha memantapkan akademik sama ada duniawi ataupun ukhrawi.  Selaras dengan itu, mewakili pentadbir dan sekolah, admin ingin mengucapkan jutaan terima k

MERENTAS DESA DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA 2018

Imej
Assalamualaikum WBT. Berakhir sudah hari ini acara Kejohanan Merentas Desa Daerah Larut, Matang dan Selama 2018. SERI Taiping menghantar sebanyak 8 orang terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan.  Kali ini saingan yang perlu ditempuh adalah daripada kalangan kaum berbangsa India. Majoriti penyertaan kali ini adalah daripada kaum tersebut. SERI Taiping dengan kegigihan & kesungguhan Cikgu Norain Ahmad, dibantu oleh Cikgu Noor Izzati Hj Said mengadakan sesi latihan sepanjang minggu lalu, telah membuahkan hasil.  Alhamdulillah, walaupun SERI Taiping tidak mendapat tempat, tetapi semangat dan iltizam murid itu sendiri dapat dijayakan dengan usaha dan sokongan ibu bapa. Tahniah diucapkan kepada guru pengiring, Cik Norain Ahmad dan Encik Mohammad Haziq Mohd Sinar. "KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

PROGRAM MOTIVASI & KECEMERLANGAN MURID SERTA MAJLIS KEIBUBAPAAN 2018

Imej
Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Alhamdulilah segala puji-pujian bagi-Nya, Tuhan sekalian alam. Selawat dan pujian bagi kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Hari ini, perencanaan sekolah dalam usaha memantapkan pembangunan kurikulum dan kokurikulum berjaya dilaksanakan. Hasil dapatan program ini, ibu bapa dan guru dapat berinteraksi secara terus tanpa ada sekatan yang dihadkan. Program keibubapaan ini direncana bagi merekod, menterjemah, mengupas beberapa isu dalam sektor pendidikan kini, lebih-lebih lagi dalam perekodan format baharu yang dilaksana kerajaan. Fokus utama program adalah melebarluaskan kefahaman ibubapa tentang pelaksanaan PPSR, PBD, PAJSK, dan sebagainya. Hasilnya, ibu bapa yang hadir didedahkan dengan aspek akademik dan sosial ditambah lagi dengan aspek penilaian dan prestasi.  Bagi program kecemerlangan dan motivasi murid, sekolah menjemput Encik Sharimi b Sharudin selaku motivator dari unit BSMM K. Kangsar, m

MAJLIS PELANCARAN BUKU NILAM 2018

Imej
Assalamualaikum WBT. Hari ini, sekolah telah melancarkan Program Nilam Peringkat Sekolah bagi tahun 2018.  Pelancaran disempurnakan oleh Cik Nurul Husna bt Abu Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran dengan mewarnakan board pelancaran yang disediakan. Semoga dengan pelaksanaan NILAM peringkat sekolah menjadi batu asas kepada para murid untuk banyakkan lagi bahan bacaan pada masa akan datang. Tahniah.

CATUR TERBUKA ANJURAN KELAB CATUR TAIPING & KOLEJ KOMUNITI

Imej
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera. Berlimpah rahmat tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana pada tahun 2018 ini SERI Taiping sekali lagi dijemput menyertai Pertandingan Catur (Terbuka) anjuran Kelab Catur & Kolej Komuniti Taiping. Kali ini SERI Taiping menghantar 15 orang peserta mewakili sekolah. Kehebatan anak-anak ini terserlah dengan kekuatan sokongan daripada ibu bapa dalam setiap pembangunan moral. Pertandingan dimulakan pada jam 9.00 pagi di Dewan Tertutup Kolej Komuniti Taiping. Kali ini, guru pengiring ke pertandingan ini ialah guru kelab catur itu sendiri. Mereka ialah Pn. Siti Salwa, Pn. Nurul Akma & Cik Amelia. Pada akhir pertandingan, 2 orang daripada murid SERI Taiping dinobatkan sebagai Tempat Ketiga mewakili Tahap 2 dan Tempat Kedua mewakili Tahap 1. Tahniah pada guru pengiring merangkap guru kelab catur atas usaha menggemilangkan Kelab Catur pada tahun ini. Mewakili sekolah &a