Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

JEMPUTAN TAEKWONDO ZON UTARA 2018

Imej
Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dapat mengizinkan SERI Taiping menghantar dua orang lagi murid, wakil Kelab Taekwondo sekolah ini untuk menyertai acara jemputan pasukan taekwondo Zon Utara. Kali ini, wakilnya daripada Tahun 3 (Muhammad Naim Syahmie b Abdul Aziz) dan tahun 4 (Muhammad Hafizuddin b. Mohd Farid) menyertai acara kali ini. Acara yang dipertandingkan seperti " sparring " dan " pattern " mengikut kategori. Untuk kali ke-10 ini, murid dipecahkan kepada dua kategori umur, iaitu umur 6 - 12 tahun dan 13 - 19 tahun. Pertandingan diadakan di Dewan Milennium, Kepala Batas Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam berturut-turut. Terima kasih diucapkan kepada Master Jivakumar dan Miss Evy kerana bersusah-payah membantu SERI Taiping menaikkan nama dalam arena sukan Taekwondo ini. Tidak lupa kepada Tn Hj Abdul Hamid bin Ali selaku guru besar yang menyokong Kelab Taekwondo t

JAMUAN AIDILFITRI ABIM TAIPING SERTA AGENSI 2018

Imej
Asalamualaikum WBT. Bersyukur rahmat ke atas Allah SWT kerana beroleh hikmah dan rahmah yang mengizinkan Jamuan Aidilfitri ABIM dan Agensinya dapat dijayakan dengan sempurna. Alhamdulillah, kali ini jamuan mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan agensi-agensi ABIM khususnya dari TASKI, SERI dan NGO itu sendiri.  Majlis dimulakan seawal jam 10.00 pagi dengan ucapan-ucapan YDP ABIM Taiping, disusuli dengan ucapan YTP Perak dan Timb. YDP ABIM Taiping. Jamuan kali ini agak "meriah" dengan berbagai-bagai hidangan disediakan. Terima kasih semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan majlis seumpama ini.

HARI BERTEMU WARIS PENILAIAN SUMATIF 1, 2018

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Aidilfitri. Merafak sembah  Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan keizinan serta inayahnya, Hari Bertemu Waris Penggal 1 tahun 2018 dapat dilangsungkan dengan jayanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang cemerlang dalam akademik, addiniah dan pembangunan kokurikulum terutama sekali kepada Jabatan Akademik di bawah naungan Cik Nurul Husna Abu Bakar selaku PK Pentadbiran dan ahli jawatankuasa lain yang gigih merealisasikan hari bersejarah ini supaya ia dapat dilangsungkan pada hari ini. Penganjuran majlis seumpama ini amat bertepatan dalam membantu dan memainkan peranan penting untuk membuka peluang komunikasi kepada semua ibu bapa dan waris dalam mengetahui corak dan prestasi anak-anak. Ia juga diharap dapat memberi peluang kepada ibu bapa atau waris yang ingin bersemuka dengan guru kelas atau mana-mana guru subjek. Program seperti ini am

KEM BSMM PERINGKAT NEGERI PERAK 2018

Imej
Assalamualaikum WBT.  Alhamdulillahirabbil'alamiin. Kepada Allah kami berserah. Kepada-Nya jualah kami memohon pertolongan. Kem BSMM Peringkat Negeri Perak 2018 yang telah ditangguhkan Mei lalu telah berjaya dilaksana oleh Jawatankuasa Teknikal Negeri Perak, Encik Kamil b. Yusop.  Kem BSMM Negeri Perak 2018 kali ini merupakan kem yang terbaik pernah dianjurkan sepanjang Jabatan Kokurikukum SERI TAIPING menyertainya sejak 5 tahun lalu. Kem ini seperti biasa bertujuan mengeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan kaum serta membina dan membentuk jati diri murid supaya lebih berdikari dan berdisiplin