MAJLIS MOHON RESTU UNTUK MURID TAHUN 5 DAN 6

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah merafak sembah ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Mohon Restu untuk murid-murid tahun 5 dan tahun 6 untuk peperiksaan UPSR, UPKK khususnya dan SPI, SPRA & SRAI amnya berjaya dilaksanakan.



Majlis ini bertujuan memberi restu, ampun maaf yang mungkin ada secara sengaja ataupun tak sengaja yang dilakukan oleh murid kepada guru.









Majlis dimulakan dengan nyanyian nasyid Asma Ul Husna dan Ucapan Guru Besar, Tuan Haji Abdul Hamid b. Ali. Seterusnya, penyampaian saguhati alat tulis diberikan oleh Guru Besar ketika sesi mohon restu dijalankan.

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR, UPKK, SRAI, SPI & SPRA. Mudah-mudahan kejayaan cemerlang milik anak-anak SERI TAIPING !

Ulasan

  1. Semoga semua pelajar lulus dengan cemerlang dan berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  2. Semoga anak-anak seri al-ummah Taiping sentiasa berada dalam Rahmat ALLAH SUBAHANAHUWATAALA.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN