HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Sukan.

Mengikut Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Hari Sukan Negara merupakan semua aktiviti sukan perlu dijalankan serentak di seluruh negara pada minggu kedua bulan Oktober.

Pada tahun ini, 14 Oktober 2017 merupakan tarikh yang dipilih oleh KBS dan disebarluaskan kepada sekolah-sekolah melalui pekeliling dan perintah am kepada seluruh negara. KPM memberi arahan sama ada Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Sekolah dijalankan sama ada hari Jumaat atau Sabtu.






































Bagi SERI Taiping, Jabatan Kokurikulum sekolah telah menetapkan 13/10/2017 merupakan HSN Peringkat Sekolah. Ia dikendalikan sepenuhnya bagi memenuhi ruang kokurikulum dan PAJSK murid. HSN Peringkat Sekolah dimandatkan kepada Encik Amir Akhmal bin Baharin, Pen. Kanan Kokurikulum sekolah.

Bagi tahun ini, HSN dijalankan dengan lebih 10 permainan yang ditetapkan mengikut pecahan. Antaranya, Permainan Dalaman; Permainan Luaran dan Permainan Tradisional. 

Antara permainan tradisional yang dimainkan adalah congkak, tuju guli, dan teng-teng. Permainan Luaran yang disediakan pula adalah Futsal Mini, Badminton dan Sepak Takraw. Permainan Dalaman turut tidak ketinggalan seperti Catur, Carrom, Gusti Lengan, Ping-Pong dan Dam Haji. Kesemua permainan ini ditetapkan mengikut kesesuaian ruang sekolah yang sangat terhad.

Biar apa pun cabaran dan hanya memiliki ruang terhad, SERI Taiping tidak mengalah dan tidak berganjak walau seinci pun untuk melaksanakan aktiviti riadah seumpama ini. Kami tetap laksanakan walau dengan apa cara sekalipun.

Sebagai penggulungan, mewakili sekolah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru, khususnya Guru Besar yang menyokong dan mendorong aktiviti HSN ini. Ibubapa dan para murid jua memberi sepenuh komitmen yang baik bagi melaksanakan tanggungjawab melaksanakan HSN kali ini. 

Sekian. 

"KOKURIKULUM AKTIFKAN MODAL INSAN"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN