JAMUAN AKHIR TAHUN LEMBAGA PENGAWAS DAN DISIPLIN

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Hormat.

Alhamdulillah dengan izinNya majlis serba ringkas dan penuh nostalgia ini dapat dijalankan mengikut jadual. 

Terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Hamid bin Ali, Timbalan Guru Besar yang tidak putus-putus memberi semangat dan sokongan kepada Lembaga Pengawas sesi 2015 dalam merangka kesemua program yang dirancang.

Tidak lupa juga kepada Cikgu Lizawati Binti Shari selaku "Ibu" kepada Lembaga Pengawas dan Disiplin yang memikul amanah sebagai Penolong Kanan HEM. Beliau  juga banyak membantu dalam hal ehwal disiplin, perilaku dan tatacara perlakuan dalam sekolah.

Cikgu yang memikul tanggungjawab ini juga tidak dilupakan.Beliau ialah Cikgu Noor Addri Suzzana binti Mohd Adnan. Beliau juga banyak memberi buah fikiran yang kreatif dalam usaha memartabatkan lembaga disiplin dan pengawas sekolah untuk lebih cemerlang dan terbilang. Beliau juga tidak jemu-jemu memimpin para pengawas selama ini. Terima kasih diucapkan kepada beliau.



















Majlis Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas dan Disiplin ini diadakan buat julung kalinya di luar kawasan sekolah. Mereka kali ini diraikan dengan begitu baik dan amat memuaskan. Tahniah kepada para pengawas ! Semoga dengan penghargaan seperti ini, diharapkan anda dapat melipatgandakan usaha dan tanggungjawab anda kepada sekolah. Syabas !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-18 TAHUN 2019