MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT ABIM NEGERI PERAK

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Perjuangan.

Alhamdulillah, syukur rahmat kepadaNya, dengan berkat dan kurniaanNya dapatlah kita menadah tangan tanda kesyukuran atas izinNya Majlis Berbuka Puasa Peringkat ABIM Negeri Perak dilangsungkan dengan jayanya.

   Lafaz kesyukuran ini dirafakkan kepadaNya serta inayahNya kerana dapat mengumpulkan kami warga pendidik SERI-SEMI-TAHFIZ-TASKI dan Warga ABIM Negeri Perak hinggalah ke peringkat Daerah Taiping dalam satu majlis yang direncanakan oleh ABIM Negeri Perak.

   Tahun ini, giliran SERI Taiping menerima tetamu dari seluruh pelusuk negeri Perak. SERI Taiping dengan tangan terbukanya menerima pelawaan untuk menjadi tuan rumah kali ini.

   Majlis dimulakan pada jam 4.30 petang dengan pengumpulan para wakil khatam al-Quran, seterusnya Solat Asar berjemaah, Majlis Khatam al-Quran, tazkirah ringkas, seterusnya Majlis Penyampaian Sumbangan dan Cenderamata kepada para khatamis al-Quran.

  Selesai kesemuanya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil-wakil ABIM di Daerah Taiping dan Negeri Perak. Akhir sekali, ucapan pelancaran Tabung Pembangunan daripada Ahli Lembaga Pengarah YTP, Tuan Haji Mahyuddin Ashaari.

  












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-18 TAHUN 2019