Assalamualaikum WBT. Linangan airmata hari ini menyelubungi segenap lapisan warga SERI Taiping kerana berakhirnya perkhidmatan Cikgu Shahrul Bin Sahar hari ini. Berkuatkuasa 16 April 2018, Cikgu Shahrul bin Sahar ditempatkan di Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi Ipoh sebagai guru dan warden. Tahniah diucapkan kepada beliau. Sedikit latar belakang Cikgu Shahrul, beliau merupakan seorang graduan Univ. Sultan Azlan Shah (USAS) dalam jurusan Bim. Kaunseling. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan amat berwibawa sepanjang tempoh perkhidmatannya di sini. Sejurus selepas beliau dilantik, beliau diamanahkan menjaga Hal Ehwal Kaunseling di bawah HEM. Atas dedikasi beliau itu juga, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kokurikulum di bawah Jabatan Kokurikulum. Tahun lalu, beliau telah mencipta berbagai-bagai pengalaman menarik bersama pelajar di bawah Jab. Kokurikulum. Antaranya Kem Tautan Ukhwah (KEMTA) Zon Utara Abim, Kem Bina I...
Ulasan
Catat Ulasan