ENROLMEN PERKEMBANGAN KOKURIKULUM 2014-2018

Assalamu'alaikum WBT. Alhamdulillah, genap tahun ini pencapaian kokurikulum selama lima tahun ini (2014,2015,2016,2017,2018) boleh dikongsi dan dicoretkan ke dalam ruangan rasmi ini. Tujuan tulisan kali ini diwartakan, hanyalah untuk berkongsi antara kejayaan dan segala aktiviti yang dilaksanakan sepanjang 5 tahun berturut-turut ini. Tak dinafikan, pelbagai cabaran dan risiko yang diterima sebelum hendak memulakan sesuatu yang "baharu" pada sekitar awal 2014 lalu. Satu demi satu cabaran itu ditangkis demi membawa nama SERI TAIPING ke peringkat yang membanggakan. Kokurikulum pada asalnya hanya jadual "iringan" untuk murid-murid sekolah. Namun, pada awal 2016, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan sistem PAJSK dan e-Sukan yang akan mengembangkan potensi murid yang sejajar dengan arus perkembangan dunia ICT sekarang. SERI TAIPING juga tidak melepaskan peluang melaksana pelbagai program dalaman seiring dengan program-program luar anjuran pe...