SAMBUTAN HARI GURU 2018 : GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Assalamualaikum WBT.

"Guru Pemacu Transformasi Pendidikan". Itulah tema Sambutan Hari Guru 2018 bagi seluruh Malaysia.

Sambutan ini bukan sahaja mengiktiraf barisan pendidik, malahan pada hari istimewa inilah satu-satunya hari "kelepasan" untuk para pendidik ini melepas-bebaskan segala masalah yang membelenggu golongan itu.

Pada tahun ini, sambutan Hari Guru SERI Taiping dijadualkan pada 16 Mei 2018, dan dimulakan seawal jam 9.00 pagi. Aturcara dimulakan dengan ucapan-ucapan aluan daripada pengacara majlis, diikuti dengan doa pembuka, ucapan ketua murid, Muhd. Faizi b. Mohd. Rizal serta ucapan daripada Guru Besar, Tn. Hj. Abd. Hamid bin Ali.





















































































Sambutan ini diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu protokol dan lagu "Kami Guru Malaysia" oleh semua guru. Selesai kesemuanya, agenda berikutnya diisi dengan bacaan dan penghayatan Al-Quran daripada Nur Iman Jannah bt. Mohd. Bakri. Kemudian, majlis disusuli dengan persembahan murid tahun 1 dan 2 yang membuat gimik dengan nyanyian "Guruku Tersayang".

Selepas rehat, pada jam 11.00 pagi, guru dihidangkan dengan permainan Bola Jaring untuk guru perempuan manakala Ping-pong untuk guru lelaki. Pada jam 11.45 pagi, acara yang disediakan oleh Lembaga Pengawas dan Disiplin iaitu acara kutip kacang tanah dimainkan. Kemudian, acara Bola Beracun yang disediakan oleh Pengawas Perpustakaan turut tidak ketinggalan. Murid tahun 6 juga menyediakan belon beracun untuk para guru kemudiannya. 

Selesai semua permainan, majlis penyampaian hadiah terus dilangsungkan. Sesi penyampaian hadiah dimulakan dengan sesi pertukaran hadiah, seterusnya penyampaian hadiah sesi permainan dan yang terpenting adalah penyampaian anugerah. Anugerah ini bukan untuk dijulang, tetapi hasratnya adalah untuk memberi penghargaan kepada sesetengah guru yang telah memberi khidmat yang berteraskan kategori yang ditetapkan. Anugerah ini diberi berdasarkan undian daripada semua murid SERI Taiping yang diadakan pada Selasa, 15/05/2018.

Mengakhiri blog, mewakili Badan Guru & Staf (BAGUS), saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru yang memberi sepenuh komitmen yang tinggi dalam menjayakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah ini. Segala penat lelah kita, amat berbaloi kerana sambutan kali ini lebih meriah dan 'enjoy' kerana semua guru boleh dikatakan 'sporting'. Tahniah diucapkan kepada guru.

Majlis ditangguhkan pada jam 1.20 petang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KL DAN PUTRAJAYA

SELAMAT TINGGAL SERI AL UMMAH TAIPING

HARI BERTEMU WARIS PERTENGAHAN TAHUN