Catatan

MOTIVASI IBUBAPA DAN WARIS

Imej
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. Tahniah kepada para ibu dan bapa serta waris yang menyokong dari belakang usaha murni sekolah dalam menjayakan program keibubapaan. Usaha pemantapan ini timbul dalam mesyuarat Penolong Kanan dan akhirnya Jabatan HEM diberi mandat mengendalikan program sebegini dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling.  Majlis diadakan serentak dengan bengkel teknik menjawab Matematik untuk tahun 5 dan tahun 6. Tahniah diucapkan kepada semua yg turut terlibat sama ada secara langsung mahupun tak langsung.

MESYUARAT AGUNG BAKA KE-7 SESI 2017

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Pergi ke pasar membeli ikan, Membeli ikan kepada nyonya, Terima kasih kami ucapkan, Kepada semua ibubapa khususnya. Lafaz kesyukuran kepada Allah SWT, melimpah rahmat dan inayah, berdaya kudrat kepada guru-guru dan staf sekolah bagi menjayakan Mesyuarat Agung BAKA Ke-7 kali ini. Lafaz junjungan kasih mesra juga ditujukan kepada semua ibu bapa dan waris yang turut hadir bagi bersama-sama ambil peduli kepada anak-anak. Mesyuarat kali ini dimulakan seawal jam 9.00 pagi yang dirasmikan oleh YDP ABIM Negeri Perak, Ustaz Mohd Hafeez bin Ardhi. Beliau juga turut mengumumkan peruntukan alatan sukan sebanyak RM500.00 kepada Jabatan Kokurikulum, disaksikan oleh para ibubapa dan guru yang hadir. Mesyuarat kali ini menyaksikan beberapa "muka baharu" yg bakal menggalas t/jawab sebagai AJK Induk BAKA sesi 2017-2019. Semoga dengan pelantikan AJK kali ini dapat memantapkan jalin...

LARIAN AMAL MARESMART DAN MAKNA

Imej
Assalamualaikum dan Salam Hormat. Didoakan semoga pengunjung blog SERI Taiping dalam Rahmatan Lil'alaaamin di samping diberi kesihatan yg baik sepanjang hayat. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan alam semesta. Hari ini bertarikh 2 April 2017 SERI Taiping menghantar 4 orang atlet mewakili sekolah ke Larian Amal Anjuran MRSM Taiping serta Majlis Kanser Negara (MAKNA) yang diadakan di MRSM. Larian amal ini dibuka kepada orang ramai mengikut kategori masing-masing. Bayaran RM30 dikenakan bagi tiap-tiap penyertaan.  Sijil disampaikan di sekolah oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Nurul Husna bt Abu Bakar mewakili Guru Besar yang masih bertugas di luar kawasan pada keesokan harinya. Tahniah kepada 4 orang peserta tersebut yang diiringi oleh Cikgu Shahrul bin Sahar. Semoga lafaz "KOKURIKUKUM AKTIFKAN MODAL INSAN" akan terus bergema dan dapat direalisasikan oleh semua warga sekolah.

MAJLIS IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN YTP 2017

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, dengan izinNya Majlis Ihtifal (Sukan) Kebangsaan anjuran YTP Pusat dengan kerjasama YTP Negeri Pahang serta Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang (MSSP) dengan bertemakan "Menyerlah Potensi, Merapatkan Ukhwah ", dapat dijayakan dengan penuh tertib. Lafaz terima kasih ini dipanjatkan juga kepada Ibu / Bapa / Waris yang tak putus - putus memberi sokongan moral dan sokongan padu kepada anak - anak SERI Taiping demi menjayakannya.