Catatan

JAMUAN AKHIR TAHUN 3 LEMBAGA PENGAWAS

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan. Kurang daripada 8 jam, Jamuan Lembaga Pengawas pula diadakan pada sebelah malamnya. Jamuan ini menggabungkan 3 Badan Pengawas iaitu Lembaga Pengawas Sekolah, Lembaga Pengawas Pusat Sumber, Lembaga Pengawas SPBT. Jamuan ini diadakan bagi menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka sepanjang setahun berkhidmat dengan sekolah. Jamuan kali ini diadakan di Urban Light Cafe, Bukit Jana Golf Resort Kamunting. Jamuan bermula tepat pada jam 8.30 malam dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis, Saudari Nurul Hasanah Zaki dan Sofiya Umairah Zulkeflee. Seterusnya, diteruskan lagi dengan ucapan-ucapan seperti Ketua Pengawas, Guru Disiplin, Pen. Kanan Kokurikulum, dan Guru Besar.  Selesai ucapan, majlis diteruskan dengan bacaan doa makan oleh Muhammad Niyaz Muqri. Jamuan makan pun bermula seawal jam 9.00 malam. Pada jam 9.30 malam, acara-acara selingan diadakan bagi memeriahkan majlis. Acara yang diadakan ialah Kerusi Muzik, Sepakan Pening...

JAMUAN KELAS PERDANA AKHIR TAHUN

Imej
Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat. Hari ini, Alhamdulillah dengan izinNya, Jamuan Akhir Tahun semua kelas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Lafaz kesyukuran dan sembah takzim kepada Yang Maha Mencipta kerana tanpa Dia Yang Esa, mana mungkin kita menyempurnakannya. Sesungguhnya manusia hanya merancang, tapi Allah SWT sebaik-baik perancang. Jamuan kelas ini bertujuan mengeratkan silaturahim di samping mendampingi anak-anak murid sepanjang 1 tahun lamanya bersama mereka. Di saat inilah, anak-anak murid dapat menikmati juadah yang disediakan guru kelas yang telah sekian lama dirancang. Kelas-kelas yang terlibat adalah dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Semua guru kelas menyediakan hidangan istimewa pada hari ini. Jamuan dimulakan pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN

Imej
Assalamualaikum Dan Salam Sehati Sejiwa. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan Jabatan Kokurikulum sempena menyambut Bulan Kebangsaan Kali Ke-59 . Aktiviti seumpama ini diadakan sempena menyambut Hari Kebangsaan 2016 Ke-59. Untuk murid-murid SERI Taiping, mereka diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum sepanjang kempen kemerdekaan ini.  Antara aktiviti yg disediakan oleh pihak Jabatan Kokurikulum ialah : Tahap 1: 1. Mewarna Logo 2. Menyanyi lagu patriotik 3. Kuiz Mingguan  4. Mencari perkataan tersembunyi  Tahap 2: 1. Melukis & Mewarna Logo  2. Menulis  esei biodata Perdana Menteri 3. Memperagakan pakaian tradisional 4. Menulis Khat  5. Kuiz Mingguan 6. Melengkapkan silangkata & cogankata Tahap 1 & 2 : Kelas Paling Patriotik 2016 Dalam kesempatan ini juga, ...