LARIAN MERENTAS DESA DAERAH LMS

Assalamua'alaikum WBT dan Salam Hormat. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya SERI Taiping mengorak selangkah lagi dalam bidang sukan dan kokurikulum. Kalah menang bukan ukurannya. Semangat dan jati diri yang dipertaruhkan. Nilai kestabilan dan toleransi yang dipupuk daripada sekolah itulah sebenarnya yang mahu ditonjolkan seperti slogan sekolah "Menjadikan Sekolah Unik, Cemerlang dan Terbilang". Ternyata, slogan itu membuahkan hasil. Apa yang dicapai itu sebenarnya hasil semangat kerjasama dalam kalangan guru dan murid itu sendiri. Slogan sekolah yang disokong pula slogan "Kokurikulum Aktifkan Modal Insan" yang diperkenalkan sejak 2013 telah membuka ruang kepada murid dalam melaksanakan pembangunan kurikulum mahupun kokurikulum. Seperti mana yang admin tahu, larian merentas desa ini disertai oleh 39 buah sekolah menengah dan 87 buah sekolah rendah seluruh LMS. SERI Taiping menghantar 4 orang peserta ...