TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-14

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pengikut setia laman blog SERI Taiping. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dan perkenanNya, dapatlah SERI Taiping mengadakan Temasya Sukan Tahunan Buat Kali Ke-14 sesi 2015 dengan jayanya. Lafaz terima kasih juga ditujukan khas buat semua Badan Guru dan Staf (BAGUS) SERI Taiping yang bertungkus-lumus menyipkan tugasan masing-masing demi menjayakan sukan tahunan pada kali ini baikpun sebelum, semasa dan selepas acara dipertandingkan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Perasmi, Tuan Haji Mohd Nasir bin Kamarudin, Pengarah YTP Perak, Tuan Haji Mustaffa bin Bakar, Pengerusi Jemaah Pengurusan SERI Taiping, Encik Khalid bin Abdul Azani, YDP BAKA, Tuan Haji Ab Rahman bin Abdullah, Guru Besar SERI Taiping, para hakim, ibubapa, sukarelawan dan pasukan BSMM SMK Taman Panglima, seterusnya para penaja dan penyumbang yang tidak putus-putus melimpahkan sebahagian rezeki kepada anak didik SERI Tai...